February 2, 2010

Bravo Mesir !!!



Piala Negara2 Afrika baru saja melabuhkan tirainya di Angola untuk tahun 2010..Korang mesti dah th yg juaranya adalah Mesir..Sebenarnya aku kagum tgk Mesir ni yg berjaya mengekalkan kejuaran utk kali ketiga berturut2 dan ketujuh sejak tahun 1957..


Walaupun Piala Negara2 Afrika diadakan dua tahun sekali, leh kata aku ikut jugak la perkembangan die..Bkn ape aku suka tengok corak permainan pemain kulit hitam nii..Diorg pnya corak menyerang dan bertahan terbek wokk !! Skil permainan diorg pn aku leh katakan antara yg terbaik la di dunia..Korang pn tgk la antara player2 sebuah team kt dlm liga dunia ni adalah pemain kulit hitam nii..Walaupun ade antara pemain ni yg negara diorg x de la maju sgt tp pemain bola sepak diorg diiktiraf hingga ke peringkat dunia..



Walaupun team pilihan aku utk kejohanan tahun ni x menang tp aku tetap sokong gak pasukan2 dari negara afrika ini..team pilihan aku ekk?? pe lagi Ivory Coast laa..yg berada dibwh pimpinan Didier Drogba..
Aku harap utk piala dunia 2010 ni, de antara negara2 afrika ni yg akan mencipta sesuatu keajaiban nnti..Klu korang pun pikir mcm aku, sama2 la kita tunggu ekk..


Pasukan Mesir menpertahankan kejuaraan mereka..







Walaupun tewas Drogba tetap juara di Chelsea !!




February 1, 2010

Cara Utk Menjawab Telefon !!!




"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.


January 28, 2010

Selamat Pulang Drogba !!!






Ari ni ak nk cite psl bola lak..Korang mesti de pasukan favourite kan?? X kira la dlm liga mana sekalipun jnji korang betul2 minat dgn team tuu..Sebenarnya ak bukan nk cite psl liga tp psl team ak, CHELSEA. Mesti korang th kan yg beberapa mggu ni chelsea turun tanpa kelibat pemain berjersi no 11.Bukan cedera k atau digantung perlawanan tp beliau telah mewakili pasukan negaranya di Kejohanan Piala Negara2 Afrika..Pemain yg ak mksudkan x lain x bukan, Drogba..

Walaupun negaranya x smpai ke perlawanan akhir tp aku percaya yg Drogba adalah salah seorang penyerang yg terbaik di dunia..Coach Chelsea, Carlo Ancelotti juga percaya kehadiran semula Didier Drogba dalam Chelsea untuk pertemuan hujung minggu ini bakal memberi kesan besar terhadap harapan pasukannya menjuarai liga.





Gandingan penyerang terhebat abad ini !!!










Aku harap dgn kehadiran semula Drogba dlm pasukan dpt meningkatkan lagi tahap persembahan The Blues.Tanpa Drogba pun, anak buah Ancelotti tetap berjaya menjaringkan 16 gol dalam empat perlawanan tanpa kalah, terutama kemenangan 3-0 ke atas Birmingham, yang melonjakkan semula mereka selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL)..

Kepada semua fan The Blues x kira dimana anda berada sama2 kta terus memberi sokongan kepada Chelsea..Kepada smua fan team2 yg len, nntikan amukan Drogba Anelka...hahahahahaha....


Piala Afrika..Ivory Coast vs Algeria

January 27, 2010

No MeNiNgKaT Lg ???



Tanggal Januari 27 ari yg penting dlm kelender hidup aku.Pada 21 tahun yg lepas, pada tarikh ini la lahirnya seorg bayi di muka bumi ini..Lahirnya seorang anak lelaki yg beratnya 3.6 kg, agak comel, rambut sikit tepi dan segak budaknya..Its name is Mior..(mcm cite Merlin lak)

Dari tahun ke tahun kita akan semakin membesar dan terus membesar. Sebagai manusia aku pun x terkecuali drpd perkara yg sama. Walaupun tarikh tuu dh lps tp ak tetap nk kongsi cerita ni dgn korang gak. Mungkin aku bertambah matang dari segi pemikiran dan tingkah laku. Aku harap2 begitu la ek..Bab kata seseorang tu.. terbakar kmpg nmpk asap, terbakar hati siapa yg tahu!! (walaupun x de kena mengenakan)

Aku pun baru sahaja menamatkan perjuangan aku dlm arena pembelajaran. Walaupun lmbt drpd kwn2 aku yg same intake dgn aku tp aku tetap bersyukur kerana akhirnya aku berjaya juga menghabiskan juga. Byk gak la kenangan manis dan pahit yg aku dpt dalam tempoh pembelajaran aku ni..Aku xkan lupakan pengalaman ini semua. Bagi aku pengalaman ini dapat aku jadikan sebagai panduan dan rujukan aku untuk menghadapi hari2 yg akan datang..
Terima kasih kpd semua yg pernah menjadi watak dlm hidup aku hingga kini..aku xkan lupakan korang semua..

January 26, 2010

Tok Batin!!


Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kap-chainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

'Tok, tumpang ke Pekan."

" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.

'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni."

"Apa salahnye, naiklah di belakang." Motor pun sampailah ke jalan besar.

Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus
mengejar beliau.

Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak
ke kite mati." Marah Tok Batin.

"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi."

"Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi..."

Fakta - Fakta Utk Lulus Exam!!!





1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maiden

4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.




jelaskan bil elektrik anda sebelum anda kembali ke zaman muda (dinner guna lilin, candle light dinner la katakan)


10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada
gunanya....


Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan!!!